BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 15, 2011

SYUKUR NIKMAT

Segala milikku kepunyaanMu Tuhan
Rahmat dan nikmatMu yang Engkau anugerahkan
Agar aku boleh berkhidmat untukMu
Aku susul dengan ucapan alhamdulillah
Segala rezeki yang Engkau beri Selepas yang diperlukan Engkau perintah mengagih-agihkan
Kepada yang susah dan yang memerlukan Kemudian aku ucapkan syukur alhamdulillah
Syukur nikmat adalah diperintah Menggunakan nikmat untuk kebaikan
Berkhidmat pada Allah dan hamba-hambaNya
Aku ucapkan alhamdulillah
Ucapan alhamdulillah tiada arti apa-apa Kalau sekadar ucapan dilisan
Jika nikmat tidak dikorbankan untuk kebaikan
Untuk Tuhan dan hamba-hambaNya
Nikmat Tuhan wajib kita bersyukur
Agar kita tidak kufur
Jangan salah gunakan nikmat Tuhan
Allah boleh mengambilnya Bila-bila masa …

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???



WALLAHHUALLAM

Tuesday, February 1, 2011



















KERAPU MASAK STIM


Bahan-bahan

1 ekor ikan kerapu
1 paket udang kering (ditumbuk halus)
1 batang serai (diracik halus)
1 biji bawang merah
1 batang bunga Kantan (diracik halus)
2 biji cili merah
2 biji bawang putih
2 atau 3 helai daun limau purut (di racik halus)

(kesemua bahan diatas dikisar & digoreng untuk membuat special sos)

2 sudu sos ikan
2 sudu air perahan limau
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Tepung jagung (untuk memekat kuah sos)
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali
2. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar
3. Masukkan sos ikan
4. Masukkan air perahan limau
5. Setelah itu masukkan gula, garam dan tepung jagung untuk memekatkan sos
6. Tuangkan sos ke atas ikan
7. Kemudian stimkan ikan dalam kukus selama 10 – 15 minit


SELAMAT MENCUBA......

Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita? Apa peranan kawan kepada kita?

Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan.

Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku.

Akhir zaman menyaksikan pelbagai jenis ragam manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya.

Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…

Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat
Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan kompleks membeli-belah tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis dijadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)

Sifat Yang Menyejukkan Hati.........

1. Sentiasa Mendampingi

Kehadiran orang yang dikasihi adalah suatu penghargaan yang tidak ternilai. Kehadiran kekasih menerusi surat, telefon, foto, faks atau internet juga memadai.

Namun dengan berada di samping isteri dan sentiasa mendampinginya dalam setiap keadaan memberi kesan yang lebih mendalam kerana ia dapat membuatkan isteri rasa disayangi dan diperhatikan.

Dengan cara itu, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara leih utuh dan intensif. Adapun kualiti kehadiran juga penting. Jadikanlah kehadiran sebagai pembawa kebahagiaan.

2. Mendengar

Tidak ramai suami yang mampu melakukan perkara ini. Kebanyakan orang lebih suka didengari daripada mendengar, padahal keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.

Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, pastikan kita berada dalam keadaan yang benar-benar tenang sehingga kita dapat menangkap dengan jelas apa yang disampaikan.

Tatap wajahnya. Tidak perlu mengkritik, apalagi menghakimi. Biarkan dia meluahkan apa yang mahu disampaikan, ini memudahkan kita memberi tanggapan yang tepat setelah selesai. Tidak perlu penerangan yang panjang lebar atau penilaian yang terperinci, sekadar ucapan terima kasih pun akan terdengar manis baginya.

3. Diam

Seperti kata-kata, berdiam diri juga miliki kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segalanya, diam boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya kesempatan untuk merenung dan berfikir. Lebih-lebih lagi jika kita sudah terbiasa mengisi hari-hari yang dilalui dengan menasihati, mengatur, mengkritik bahkan mengomel.

Apabila kita banyak berdiam di hadapan isteri, ia dapat menyejukkan hati isteri yang sedang gelisah dan memerlukan suasana tenang dan nyaman.

Dengan diam itu bererti kita cuba menenangkan jiwanya. Ianya lebih baik daripada terlalu banyak berkata-kata kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

4. Memberi Kebebasan

Menyayangi dan mengasihi seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang kita cintai. Bolehkah kita mengaku menyintai seseorang jika kita selalu mengongkongnya?

Memberi kebebasan adalah salah satu bukti dan tanda cinta. Makna kebebasan bukanlah ‘bebas berbuat sesuka hati’. Lebih dari itu, memberi kebebasan adalah memberi kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang dia putuskan atau lakukan.

Memberi kebebasan kepada isteri akan mebuat isteri berasa dirinya dipercayai. Sebaliknya, menghadkan kebebasan isteri akan membuatkan dia rasa tertekan dan stress.

5. Bersiap

Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga merupakan sifat yang amat disukai wanita.

Wanita akan bangga jika orang yang disayangi iaitu suaminya pandai berpakaian kemas dan cantik. Kerana dengan begitu, dia boleh berbangga di hadapan rakan-rakannya.

6. Memuji dan Menghargai

Tanpa kita sedari, kita sering memberikan penilaian yang buruk terhadap fikiran, sikap dan tindakan orang tersayang. Seolah-olah tidak ada yag benar pada dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada diri kita sahaja. Kali ini, cuba berikan tanggapan positif. Nyatakan penghargaan dan pujian anda dengan jelas dan tulus.

Cubalah ingat, berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala yang dilakukan demi anda.

Ingatlah pula, pernahkah anda memujinya. Kedua-dua perkara ini iaitu ucapan terima kasih dan pujian (dan juga permohonan maaf) adalah hadiah terindah yang sering kita abaikan.

7. Mengalah

Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran. Apalagi hingga berlaku pergaduhan yang hebat. Pertimbangkanlah dahulu, apakah layak sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga porak-peranda hanya gara-gara masalah yang kecil dan remeh?

Oleh itu, setiap suami mestilah bersedia menunjukkan sifat ‘mengalah’. Anda mungkin kesal atau marah kerana si dia tidak memenuhi janji. Tetapi kalau kejadiannya baru sekali itu sahaja, kenapa dibiarkan pertengkaran berlarutan? Kesediaan untuk mengalah juga dapat melunturkan sakit hati dan mengajak kita menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

8. Senyuman

Percaya atau tidak, kekuatan senyuman amat luar biasa. Senyuman, lebih-lebih lagi yang diberikan dengan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika putus asa, pencerah suasana muram, bahkan ubat penenang jiwa yang resah.

Senyuman juga merupakan syarat untuk membuka diri menghadapi dunia sekeliling kita. Bilakah kali terakhir kita menghadiahkan senyuman manis pada orang yang dikasihi?

Saturday, January 29, 2011

Jangan Ungkit Kebaikan Yang Di Buat

ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya:

“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.

Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya.”

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Sunday, January 23, 2011

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Wednesday, January 19, 2011

Sebelum Kamu Mengeluh………………..

Renungkan ini sebelum anda mengeluh dalam berbagai hal yang terjadi dalam hidup anda...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum anda mengeluh tidak punyai apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
3. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.
4. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
5. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
8. Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
9. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
10. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup! Hidup adalah satu anugerah terindah dari ALLAH. Berhentilah mengeluh, hadapi pahit manisnya kehidupan ini dengan bersyukur kepada-Nya terhadap apa yang telah Dia berikan kepada kita sehingga ke saat ini...